Friday, 5 December 2014

PERIHAL DIRIKU






Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.Segala puji dan puja hanya baginya.Maha SuciNya daripada sifat yang lemah dan kurang.Ya Allah,Kau permudahkanlah segala urusan hambaMu ini dan jangan susahkan.

Dilahirkan pada 4 April 1987,Mohd Norain bin Ngantemin putera bagi pasangan Ngantemin bin Muji dan Nurizah binti Ithnain.Menetap di sebuah perkampungan yang beralamat di
no T/L 41 Kampung Parit Ghani 86200 Simpang Renggam Kluang Johor Darul Takzim.Anak petani ini telah mendapat pendidikan awal di SK Sungai Linau dan kemudian di SMK Simpang Renggam sehingga tahun 2004.Alhamdulillah,telah lulus serta kepujian dalam Sijil Pelajaran Malaysia.Memperolehi pengalaman bekerja sebagai Tele collector officer di RHB Bank Berhad Jalan Memanda Ampang Kuala Lumpur.






Berkat usaha dan rezeki yang Allah berikan,beliau telah selamat di ijab qabulkan dengan pasangan sehidup semati iaitu  Puan Siti Salbiah binti Omar.Hasil perkongsian hidup bersama isteri tersayang,pasangan ini telah dikurniakan seorang puteri yang diberi nama Nur Amani Syafiyyah binti Mohd Norain.Sudah genap 1 tahun 12 bulan umurnya.Isteri seorang yang mempunyai kerjaya dalam bidang perubatan(jururawat).Dengan berbekalkan kelulusan Diploma in Nursing dan Post Basic Renal telah berjaya menjawat jawatan yang di impikan.





Selama 27 tahun diberi keizinan Allah untuk bernafas di atas bumi ini,segala cabaran dan dugaan banyak mengajarnya erti kehidupan.Segala pasang surutnya kesabaran dan kadang-kadang timbul rasa mengalah,ujian daripada Allah ditempuh dengan redha tanpa mengetepikan kewajipan segala larangan dan juga suruhanNya.Insan ini di permudahkan urusan hidupnya setelah lulus temuduga bagi jawatan Guru Kafa seterusnya secara tidak langsung telah ditempatkan perkhidmatannya di Sekolah Agama Batu 26,Kelapa Sawit daerah Kulaijaya sebagai seorang pendidik.4 Mac 2014 merupakan tarikh keramat setelah bermulanya detik pengajaran dan pembelajaran demi memajukan lagi kefahaman dan ketamadunan dalam agama islam.Pengalaman dalam bidang pertukangan membolehkannya berjaya mewujudkan satu bangunan bilik darjah hasil kerjasama dengan pihak sekolah.Mengambil masa selama 1 bulan,alhamdulillah telah selamat digunakan sebagai satu platform dalam menyebarkan lagi pengetahuan islam kepada anak didik beliau.







Walaupun sedikit kelewatan mendapat peluang memasuki universiti,dengan izin Allah ditawarkan juga ke Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor dalam jurusan Diploma Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam).Menadah tangan menagih sedikit kudrat dari Allah supaya diberi kesihatan dan kemudahan serta semangat iltizam yang tinggi bagi merangkul segulung pengiktirafan atas usaha yang telah,akan dan bakal dilakukannya.Amin.

Semulia-mulia manusia ialah sesiapa yang mempunyai adab,merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi,memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.

Limpahan Rahmat Allah adalah satu anugerah kepada hamba-hambanNya yang terpilih.Ia satu anugerah
yang paling besar di dunia dan di akhirat.Sekian.

No comments:

Post a Comment