Saturday, 20 December 2014

PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA ARAB BERASASKAN WEB

Artikel ini hasil kerjasama Rahimi Bin Md. Saad Zawawi Bin Ismail
Universiti Malaya dan Wan Nordin Bin Wan Abdullah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.





Secara umumnya, implementasi konsep E-Pembelajaran di Malaysia masih berada pada tahap
awal. Menjayakannya adalah suatu cabaran, dan kita semua perlu memainkan peranan
penting dalam menentukan kejayaan konsep ini pada masa hadapan. Dalam konteks bahasa
Arab, konsep ini masih begitu baru dan mempunyai banyak kekurangan yang perlu
diperbaiki. Kerana itu persediaan perlu dilakukan bukan sahaja di kalangan pelbagai lapisan 13
masyarakat di negara ini tetapi yang lebih penting perlu melahirkan pakar di bidang itu bagi
memenuhi keperluan berkenaan.

Di atas kesedaran tentang betapa pentingnya ICT kita perlu mengintegrasikan penggunaan
ICT dalam kurikulum bahasa Arab. Dalam hal ini semua pihak perlu bekerjasama untuk
membina sistem e-Pembelajaran yang menyeluruh, meningkatkan kemudahan capaian bahan
pembelajaran dan meningkatkan kemudahan peralatan multimedia. Kita juga perlu
mempastikan kesemua kursus bahasa Arab yang ditawarkan boleh diakses secara on-line bagi
memudahkan pembelajaran bahasa ini samada di kalangan pelajar atau orang awam.
Perlaksanaan program ini diharapkan dapat meningkatkan proses pembelajaran bahasa Arab
serta menjadikan laman web sebagai tempat membuat rujukan serta penyalur maklumat
pembelajaran dan pengajaran bahasa Arab yang boleh dikongsi bersama. Usahasama yang
dibuat dalam mendapatkan sumbangan bahan-bahan dari sarjana serta pihak yang bertauliah
akan mewujudkan suasana kerjasama yang lebih bermakna dalam mepertingkatkan kualiti
pendidikan bahasa Arab di negara ini khususnya. Ia juga mempunyai masa depan yang cerah
di mana kandungannya dapat digunakan untuk meningkatkan komunikasi antara guru,
ibubapa dan pelajar-pelajar.

Kompetensi penggunaan e-Pembelajaran di kalangan tenaga pengajar bahasa Arab di
Malaysia perlu ditingkatkan. Ia boleh dilakukan dengan mengintesifkan program
pembudayaan dan latihan ICT kepada pegawai akademik, memberi pengiktirafan kepada
mereka yang menghasilkan inovasi ICT dalam e-Pembelajaran dan memperluas aktiviti Pusat
Rekabentuk Pengajaran dan Pembelajaran Multimedia dalam pengurusan pengajaran dan
pembelajaran.

Sebagai sarjana dalam bahasa Arab kita tidak sewajarnya hanya menjadi pengguna tetapi juga
seharusnya meneroka dan menjana teknologi tersebut. Oleh yang demikian sudah sewajarnya
kita memperkukuh kerjasama penyelidikan ICT dengan agensi di dalam dan di luar negara
bagi memantapkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dari segi sumber rujukan serta
komunikasi dan sokongan.


  • Antara kepentingan-kepentingan Pembelajaran Bahasa Arab Melalui Laman Web ialah Mencapai keberkesanan yang maksimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran,pembelajaran yang maksima dalam jangka waktu yang singkat dan kos yang minima,kesejagatan sumber pengajaran dan pembelajaran,mengurangkan bebanan dan menjimatkan masa guru dalam penyediaan bahan bantu mengajar,membantu menyelesaikan penyampaian konsep yang abstrak secara lebih baik dan menyediakan bahan bantu mengajar yang relevan dengan teknologi hari ini.



  • Antara masalah dan cabaran seperti infrastruktur yang terbatas,kemahiran yang terbatas,isu kandungan perisian.


Kesimpulan,

Semua pihak mestilah memberikan komitmen yang tidak berbelah bagi, dan berusaha dengan
bersungguh-sungguh dan tekun untuk merealisasikan matlamat-matlamat yang telah
diputuskan. Kita tidak seharusnya gentar untuk meletakkan impian yang besar kerana ia akan
menjadi pemangkin kepada kita untuk berusaha mencapai kejayaan yang lebih gemilang. Kita
perlulah bersama-sama menggembelingkan seluruh daya usaha dan tenaga untuk menjadikan
matlamat memartabatkan bahasa al-Quran ini sebagai satu kenyataan. Adalah lebih baik kita gagal
dalam usaha meneroka sesuatu yang lebih baik dan bermanfaat daripada berdiam diri sahaja
kerana khuatir menemui kegagalan. Inilah sikap yang perlu kita sama-sama semai dalam
sanubari kita.






















No comments:

Post a Comment