Pengarah Pusat Islam,Universiti Tun Hussein Onn Malaysia danUstaz Mohd. Lutfi Solehan
Penolong Pendaftar, Fakulti Pengurusan Teknologi,Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
masdar (kata benda) dari kata kerja da'a yad'u yang berarti panggilan, seruan atau ajakan.1
Dari segi istilah pula dakwah ialah panggilan kepada Allah atau pun seruan kepada agama islam.
Dakwah juga mengandungi semua jenis metod mengajak manusia kepada risalah islam
dan semua cara menyampaikan ajaran Allah dan Rasul dalam pelbagai peringkatnya.
Dari segi istilah syara' pula membawa pengertian yang lebih khusus iaitu seruan atau
panggilan ke jalan Allah s.w.t.
Berdakwah: Menjalankan kegiatan menyebarkan agama (islam) dan ajaran-ajaranya.
Mendakwahkan :Menyebarkan dan mengajarkan ajaran agama.(Lazimnya dimaksudkan ajaran agama islam:rasulullah mendakwahkan islam sebagai al-din yang menjamin tamadaun manusia)
Pendakwah :Orang (golongan) yang berdakwah.
Muhammad al-Ghazali menjelaskan maksud dakwah sebagai satu program (barnamij)
yang lengkap, yang kesemua peringkatnya mengandungi semua ilmu pengetahuan yang
diperlukan oleh manusia bagi menjelaskan tujuan dan matlamat hidup dan bagi
menyingkap petunjuk jalan yang menjadi petunjuk kepada mereka.
Menurut Ibn Taimiyyah dakwah adalah satu usaha seruan ke arah beriman kepada Allah
s.w.t dan apa yang disampaikan oleh rasul-rasul-Nya iaitu dengan membenarkan segala
perkara yang disampaikan oleh para rasul dan mentaati perintah mereka.
Kesimpulanya berdasarkan pengertian tersebut, dakwah merupakan satu kegiatan yang dijalankan oleh segolongan manusia untuk menjalankan menyeru manusia kepada mentaati Allah s.w.t
dan Rasulullah s.a.w.
KEPENTINGAN DAN HUKUM BERDAKWAH
- Terbahagi kepada dua, iaitu fardu Ain dan fardu Kifayah
- Al-Quran dan Al-hadis,ada mengungkapkan tentang kewajipan tersebut,antaranya :-
Firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran ayat 104 yang bermaksud, "Dan hendaklah
ada di antara kamu segolongan Amat yang menyeru lepada kebajikan, menyuruh lepada
makruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang-orang yang beruntung".
Sabda nabi SAW, "Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran maka
hendaklah dia mengubah dengan tangannya, apabila tidak kuasa maka dengan lidahnya,
apabila tidak kuasa dengan hatinya, yang demikian itu adalah selemah-lemah iman".
Hadith riwayat Muslim.
Sabda nabi SAW, "Sampaikanlah dari ku walaupun dengan satu ayat". Hadith riwayat Al
Bukhari
Rukun Dakwah
- . Maudhu' al - Da'wah / Topik utama dakwah.
(Maudhu' ad-dakwah adalah ad-din atau al-Islam) - Al - Qaim bi al - Da'wah (Al - Da'ie) / Para Pendakwah.( menguasai ilmu-ilmu asas yang dikenali sebagai fardhu 'ain agar terhindar dari celaan masyarakat)
- Penerima dakwah. (manusia seluruhnya sama ada Muslim atau kafir)
- Uslub Al-Da'wah/ Pendekatan dalam berdakwah.(Panduan utama kita adalah al - Qur'an, sebagai sumber paling berautoriti diikuti Sabda Rasulullah SAW dan ijmak ulama dan qias.)
DEFINISI TEKNOLOGI MAKLUMAT (ICT)
- Taknologi maklumat ditakrifkan sebagai teknologi yang digunakan oleh individu mengumpul data dan menganalisis data menjadi maklumat berguna dan bermakna serta menghasilkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks,grafik, suara, animasi dan maya.
3 asas penting dalam pengunaan teknologi maklumat:
- Teknologi maklumat adlaah untuk mengumpul maklumat.
- Teknologi Maklumat untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej.
- Menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima
KESAN ICT DALAM DAKWAH
POSITIF :
Tugas berdakwah menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya teknologi
multimedia. Urusan dakwah juga dapat dijalankan dengan efektif dan efisien.
Perkembangan multimedia secara langsung atau tidak membantu meningkatkan kefahaman manusia dalam soal-soal agama.Dari segi sosialnya pula, pembangunan dakwah menerusi multimedia dapat mengeratkan lagi hubungan antara masyarakat islam Malaysia, sama ada yang berada di dalam negara atau yang berada di luar negara.
NEGATIF :
- PENGARUH BUDAYA ASING ( dieksploitasi oleh fahaman-fahaman yang menyimpang dari ajaran Islam sebenar.)
- MENJEJASKAN KESIHATAN ( radiasi elektromagnetik yang dikaitkan dengan penyakit barah dan keguguran kendungan.)
- KESAHIHAN MAKLUMAT. (Maklumat yang tepat dan benar kesahihannya adalah penting bagi menjamin tidak berlaku penyelewengan dan kepalsuan fakta. )
- PELAYARAN WEB NEGATIF(memberi kesan negatif dalam perkembangan minda dan fizikal manusia)
RUMUSAN
Seseorang Pendakwah haruslah kreatif dalam pengganakan mekanisme dakwah.
Kemudahan ICT sepatutnya digunakan secara maksima dalam rangka dakwah yang
sesuai dengan ajaran Islam
No comments:
Post a Comment