Peanut(anak kecil) telah menyahut cabaran dalam merebut batu manis.Dia telah digandingkan dengan pasukan semut biru.Dia adalah seorang anak kecil yang sombong.Dia menganggap dirinya lebih hebat daripada semut.
Pada awalnya dia tidak tahu ape yang hendak di capai pada akhir perlumbaan ini.Pengadil perlumbaan tidak menghiraukan pertanyaannya dan dia menggunakan kemahiran berfikir untuk mengetahui ape yang dimaksudkan dengan 'batu manisan'.
Halangan pertama adalah sebuah lubang yang besar dan panjang.Semut telah bergandingan sesama sendiri membentuk satu titian dan menyuruh peunut meniti di atasnya.Namun dia berdegil.apabila melompat,dia tidak dapat melepasi lubang itu.Dia jatuh dan tersangkut pada sebatang kayu.
Pada posisi melintang,gandingan semut membentuk satu titian manakala posisi menegak ia membentuk satu anak tangga.Dengan cara inilah semut menyelamatkan peanut.Kemahiran memanipulasi satu perbuatan dalam pelbagai situasi mewujudkan kerjasama yang kuat dalam satu pasukan.
Halangan kedua melintasi air.Daripada tindakan tadi semut membentuk satu anak tangga juga untuk naik keatas buluh dan menyeberangi kawasan yang di liputi air.Kemahiran daripada pengalaman yang lalu telah digunapakai pada halangan kedua ini.Asalnya dia tidak yakin untuk melakukannya.Dia menyalahkan aspek fizikal dalam ketidakupayaan melakukan sesuatu perkara tetapi semut membuktikan dia boleh kerana dia masih memiliki dua tangan.
Buluh dijadikan satu medan elastik untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.Kemahiran ini dipanggil kemahiran dalam menggunakaan objek.Jadi mereka dapat melintasi kawasan tersebut tanpa menggunakan rakit namun pasukan biru masih di belakang pasukan merah.Peunut tidak larat untuk berpaut pada kaki semut dan terlepas.Lantunan kuat kehadapan menyebabkan peanut berjaya melepasi pasukan lawan.Pasukan Peanut terkejut dengan tindak balas itu dan secara tidak lansung
melakonkan kembali tindakan yang telah berlaku tadi.Kemahiran ini adalah kemahiran dalam menggunakan contoh dan akhirnya semua ahli pasukan biru dapat melepasi pasukan merah.
Pasukan biru telah berjaya mendapatkan batu manisan dan tugasan terakhir mereka hendaklah memanjat sebuah tembok untuk sampai ke garisan penamat.Disini Peanut diuji lagi.Dia tidak dapat memanjat tembok itu manakala semut-semut yang lain tidak mepangalami masalah untuk memanjat.Pasukan merah berjaya memintas mereka dan akhirnya menjuarai pertandingan tersebut.Walaupun tewas,pasukan biru tetap membantu peunut.Ketidaksampaian dalam mencapai satu tujuan dan destinasi ,membentuk satu anak tangga dengan harapan kerjasama yang kuat dalam berpasukan telah ditunjukkan oleh mereka tetapi Peanut tidak mengendahkannya
Antara kemahiran-kemahiran dalam pembelajaran dan pengajaran yang boleh kita teladani dari kisah ini adalah:
- Kemahiran berfikir untuk mengetahui.
- Kemahiran memanipulasi satu perbuatan dalam pelbagai situasi.
- Kemahiran daripada pengalaman yang lalu.
- Kemahiran dalam menggunakaan objek.
- Kemahiran dalam menggunakan contoh.
Pengajaran yang dapat di sampaikan adalah sekiranya terdapat dalam pasukan kita ada yang lemah janganlah kita mengetepikannya.Sebaiknya kita membantunya.Mungkin kita harus lebih banyak bermuhasabah diri kita daripada mudah untuk melabelkan orang lain.
Wassalam.